BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM

Assalamualaikum W.T.H buat pembaca blog syokngaji.blogspot.com.

Kewajipan kita mempelajari al-Quran dan agama Islam sudah lama diketahui oleh kita semua. Bahkan nabi SAW juga pernah bersabda"Mencari ilmu adalah kewajipan bagi setiap muslim" . Justeru itu, usaha mempelajari dan seterusnya beramal adalah usaha yang sangat dituntut oleh Allah SWT ke atas hamba-hambaNya yang beriman.

Dengan wujudnya blog ini adalah untuk memberi ruang kepada anda bagi mengetahui sistem mengaji agama dan al-quran hanya dari RUMAH ANDA tanpa anda perlu keluar rumah.


Blog ini di wujudkan oleh saya sebenarnya adalah untuk menyebarkan lagi sistem ini agar masyarakat Islam dapat mengetahui tentang sistem ini.

Kini dengan kemudahan internet yang sudah menjadi fenomena dikalangan rakyat Malaysia, maka sistem memudahkan pengurusan anda belajar agama Islam dan Al-Quran hanya dari rumah anda.




Siapakah saya?

Sila baca di ruangan " MENGENAI KAMI" dalam blog ini.


Apakah anda tahu tentang sistem belajar al-quran dan agama dari rumah?


Sistem belajar al-quran dan agama sudah lama ada di Malaysia, namun belum dimulakan dengan menggunakan sistem yang boleh disusun satu Malaysia.

Sistem belajar dari rumah ini adalah pelajar belajar dari rumah dengan guru datang kerumah dan mengajar dirumah pelajar. Oleh itu, pelajar boleh menjimatkan masa, tenaga dan wang berbanding dengan sistem belajar di luar rumah.

Ditambah lagi dengan jumlah pelajar yang minima, maka pelajar dapat diberi tumpuan yang lebih semasa belajar berbanding dikelas-kelas di luar rumah.


Apakah kelebihan sistem pengajian ini?


#1. Sistem pengajian ini direka agar pihak pelajar dapat meminimumkan perbelanjaan dan memaksimumkan kualiti pembelajaran.

#2. Penyusunan jadual dari segi masa dan hari belajar mengikut kehendak PELAJAR.

#3. Harga serendah RM35.00 sebulan yuran pengajian sudah mampu untuk anda belajar dengan sistem ini.

#4. Dan banyak lagi.


Apakah caranya jika saya ingin belajar dengan sistem pengajian ini?

1. Isi borang belajar di ruangan "BORANG PENGAJIAN" dalam blog ini.

2. Tunggu sehingga pihak saya akan menghubungi anda.


Sebelum anda meninggalkan blog ini, ada beberapa pertanyaan yang anda harus fikirkan...,

--> sedarkah anda, usia dan tanggungjawab kita semakin banyak, salah satunya soal dosa pahala kita, adakah kita hidup didunia ini tanpa panduan dari Allah SWT sedangkan Allah menjadikan al-Quran itu sebagai panduan hidup kita. Maka, kita perlu mendekati diri kita dengan Al-Quran kerana ianya adalah kalamullah(kata-kata Allah SWT).

--> sedarkah anda, hati yang mudah menjadi tenang ialah hati yang sentiasa membaca Al-Quran dan memeriksa makna Al-Quran.

--> sedarkah kita, wang ringgit mungkin besar nilainya apabila dikorbankan wang ringgit itu untuk mencari REDHO ALLAH SWT.

Justeru itu, fikir-fikirkanlah kata-kata itu sebelum anda berfikir untuk meninggalkan blog ini tanpa mengisi borang untuk belajar. Mungkin kecil pada anda, disisi Allah bagaimana??

_______________________________________________________________________________


Oleh itu, anda harus merebut peluang ini. Untuk anda mengetahu lebih lanjut dibawah ini adalah gambar berkaitan dengan sistem ini. Sekian dulu. Jumpa lagi. Wassalam....





Lihat gambar suasana belajar dengan sistem ini